Assalamulaikum dan salam sejahtera

Blog ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar PISMP semester 4 yang mengikuti kursus EDU3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Semua maklumat yang dipaparkan untuk tujuan p&p sahaja.

Monday, July 22, 2013

Persediaan untuk Amali Penerbitan Video Pendidikan

Untuk amali video anda semua perlu download klip video yang bersesuaian serta mempunyai pelbagai jenis syot dan teknik pergerakan kamera. Sila install apa-apa perisian yang boleh digunakan pakai untuk mengedit video seperti dvd cutter. Bawa semua bahan yang telah dicari ke kelas amali pada minggu ini.

Terima kasih.

Sunday, July 21, 2013

Pengumuman

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelas pada hari Isnin 22 Julai 2013 akan berjalan seperti biasa. Sesi pembentangan tutorial akan dikendalikan oleh kelas Matematik B.

Sila datang tepat pada masanya dan ketua kelas/penolong ketua kelas  sila pastikan setiap ahli kelas menandatangani satu borang kehadiran (disediakan sendiri) selepas mendengar taklimat kerja kursus projek. Sila serahkan borang tersebut kepada pensyarah selepas selesai waktu kuliah.

Kerjasama anda semua amat dihargai. Terima kasih.  

Monday, July 15, 2013

Minggu ke 5

Pada minggu ini pelajar akan menggunakan perisian Hot Potatoes untuk membina soalan latihan. Semua pelajar diminta untuk memuat turun perisian tersebut di http://hotpot.uvic.ca/ dan pilih bahasa Inggeris untuk pilihan bahasa bagi memudahkan pemahaman.

Pelajar juga diingatkan untuk menghantar latihan amali dan jawapan soalan ISL yang telah dilaksanakan pada minggu yang lalu. Terima kasih.

Tuesday, July 2, 2013

Aktiviti Minggu Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini dimulakan dengan sesi pembentangan tutorial untuk Kumpulan 1 dan 2. Kedua-dua kumpulan dapat menjawab soalan tutorial yang dikemukakan dengan penjelasan yang agak baik. Walau bagaimanapun kedua-dua kumpulan perlu membuat penambahbaikan supaya dapat menjawab soalan tutorial dengan lebih baik. Kumpulan-kumpulan lain yang akan membentangkan tutorial masing-masing perlu berkolaborasi dengan pensyarah supaya bahan pembentangan yang disediakan menepati kehendak soalan.  

Peringatan kepada semua guru pelatih yang belum menghantar tugasan Amali 1(Artikel tokoh) supaya menghantarnya dalam bentuk cetakan (hardcopy). Tugasan Amali 2 (Ms. Power Point), perlu dihantar melalui email dengan menamakan fail anda dengan nama masing-masing.

Anda semua juga boleh memuat turun nota edaran Bab 1-4 dalam blog ini.


Monday, June 24, 2013

Maklumat untuk semua pelajar EDU3105

Pada minggu ini sesi amali yang akan kita laksanakan berkaitan dengan perisian Ms. Power Point. Perbincangan akan diadakan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar berkaitan perisian ini. Pelajar boleh membawa laptop sendiri jika difikirkan perlu @ memadai dengan membawa pendrive masing-masing.

Terdapat pertukaran soalan untuk tutorial Tajuk 3 yang akan dibentangkan pada minggu ke 4. Sila buat pertukaran dalam soalan tutorial masing-masing. Soalan tersebut adalah seperti di bawah:

Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan "media pengajaran". Huraikan dengan jelas panduan memilih media pengajaran berasaskan faktor-faktor berikut:
(a) objektif
(b) pelajar
(c) kaedah
(d) praktikal

Tuesday, June 18, 2013

Minggu 1 Semester Kedua 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat kembali ke IPG Kampus Perlis setelah bercuti selama 3 minggu di kampung halaman masing-masing. Sesi kuliah pertama bermula pada hari Isnin dengan mass kuliah di Dewan Pulai 2 pada pukul 8.00 pagi.

Untuk kuliah berikutnya di dalam makmal komputer, pelajar perlu membawa pendrive atau laptop masing-masing kerana amali Ms Words akan dilaksanakan. Sila download fail dalam pages nota untuk maklumat berkaitan. Pelajar akan memulakan sesi pembentangan tutorial pada minggu ke 3. Dua kumpulan akan membentangkan tajuk 1 dan 2. Semua ketua kumpulan diminta untuk berhubung  dan berbincang untuk mengatur jadual pembentangan. Setiap kelas akan membentangkan 4 tajuk. Sila serahkan jadual pembentangan tersebut kepada saya pada 24 Jun 2013.