Assalamulaikum dan salam sejahtera

Blog ini disediakan untuk kegunaan pelajar-pelajar PISMP semester 4 yang mengikuti kursus EDU3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Semua maklumat yang dipaparkan untuk tujuan p&p sahaja.

Monday, July 22, 2013

Persediaan untuk Amali Penerbitan Video Pendidikan

Untuk amali video anda semua perlu download klip video yang bersesuaian serta mempunyai pelbagai jenis syot dan teknik pergerakan kamera. Sila install apa-apa perisian yang boleh digunakan pakai untuk mengedit video seperti dvd cutter. Bawa semua bahan yang telah dicari ke kelas amali pada minggu ini.

Terima kasih.

Sunday, July 21, 2013

Pengumuman

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelas pada hari Isnin 22 Julai 2013 akan berjalan seperti biasa. Sesi pembentangan tutorial akan dikendalikan oleh kelas Matematik B.

Sila datang tepat pada masanya dan ketua kelas/penolong ketua kelas  sila pastikan setiap ahli kelas menandatangani satu borang kehadiran (disediakan sendiri) selepas mendengar taklimat kerja kursus projek. Sila serahkan borang tersebut kepada pensyarah selepas selesai waktu kuliah.

Kerjasama anda semua amat dihargai. Terima kasih.  

Monday, July 15, 2013

Minggu ke 5

Pada minggu ini pelajar akan menggunakan perisian Hot Potatoes untuk membina soalan latihan. Semua pelajar diminta untuk memuat turun perisian tersebut di http://hotpot.uvic.ca/ dan pilih bahasa Inggeris untuk pilihan bahasa bagi memudahkan pemahaman.

Pelajar juga diingatkan untuk menghantar latihan amali dan jawapan soalan ISL yang telah dilaksanakan pada minggu yang lalu. Terima kasih.

Tuesday, July 2, 2013

Aktiviti Minggu Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini dimulakan dengan sesi pembentangan tutorial untuk Kumpulan 1 dan 2. Kedua-dua kumpulan dapat menjawab soalan tutorial yang dikemukakan dengan penjelasan yang agak baik. Walau bagaimanapun kedua-dua kumpulan perlu membuat penambahbaikan supaya dapat menjawab soalan tutorial dengan lebih baik. Kumpulan-kumpulan lain yang akan membentangkan tutorial masing-masing perlu berkolaborasi dengan pensyarah supaya bahan pembentangan yang disediakan menepati kehendak soalan.  

Peringatan kepada semua guru pelatih yang belum menghantar tugasan Amali 1(Artikel tokoh) supaya menghantarnya dalam bentuk cetakan (hardcopy). Tugasan Amali 2 (Ms. Power Point), perlu dihantar melalui email dengan menamakan fail anda dengan nama masing-masing.

Anda semua juga boleh memuat turun nota edaran Bab 1-4 dalam blog ini.